20 pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun RM20,000

Seramai 20 individu termasuk seorang pengurus premis dikompaun RM20,000 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu kota pada Sabtu.
Seramai 20 individu termasuk seorang pengurus premis dikompaun RM20,000 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu kota pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 20 individu termasuk seorang pengurus premis dikompaun RM20,000 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu kota pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur kira-kira jam 10.45 malam.

"Seramai 19 individu terdiri daripada 14 lelaki dan lima wanita warga tempatan berumur antara 21 hingga 40 tahun dipercayai pengunjung di pusat hiburan berkenaan telah dikompaun.

"Selain itu, seorang lelaki berumur 48 tahun dipercayai pengurus premis pusat hiburan berkenaan turut dikompaun dan ditahan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, serbuan mendapati pusat hiburan berkenaan melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam).

Artikel Berkaitan: