Replika Harimau dapat pengiktirafan

No Image Caption
A
A
A

Sebuah replika berbentuk harimau berukuran 3.96 Meter panjang, 1.445 Meter tinggi dan 1.20 Meter lebar yang dibuat daripada 1,098 keping polygon cubes menempa nama di dalam 'Malaysia Book Of Records' yang dipamerkan di pasaraya C-Mart hari ini.

Pengarah Urusan Ledanim Sdn Bhd, Loh Hoong Liak telah berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah menghasilkan replika harimau berkenaan.

Menurut Loh, beliau mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan replika berkenaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini. Replika berkenaan pernah dipamerkan di tengah pembahagi Jalan Persekutuan Taman Bukit Panchor di sini bersempena sambutan Tahun Baharu

Cina pada bulan lepas. Tambahnya lagi, beliau menghasilkan replika harimau berkenaan berikutan Tahun Harimau yang disambut oleh Masyarakat Cina baru-baru ini. Harimau merupakan haiwan ketiga dalam kitaran zodiak Cina yang mana mengikut kepercayaan masyarakat Cina, iamelambangkan keberanian, keyakinan dan ketangkasan. - Foto Bernama.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Perhiasan Aidilfitri

No Image Caption
GALERI

Perniagaan Buah Kabung

No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED