Kecederaan Bowen tidak beri kesan

Bowen. - Foto Getty Images
Bowen. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI West Ham, David Moyes yakin kecederaan penyerang tonggak, Jarrod Bowen tidak memberikan kesan menjelang aksi berdepan Aston Villa, pada Ahad.

Menurut Moyes, kecederaan tumit yang dialami Jarrod ketika berdepan Liverpool minggu lalu itu turut menyaksikannya tidak dapat beraksi berdepan Sevilla dalam saingan Liga Europa, pada Khamis.

“Benar. Kita tidak akan beraksi tanpa Jarrod kali ini malah kita juga tidak dapat menggunakan khidmatnya bagi aksi Liga Europa berdepan Sevilla, pada Khamis.

“Bagaimanapun kita masih ada pemain yang dilihat mampu melaksanakan tugas selaku penggempur The Hammers.

“Apa pun, diharapkan pemain yang beraksi kelak dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Untuk rekod, Bowen telah meledak 12 gol menerusi sembilan assists dalam semua pertandingan setakat ini, termasuk lapan gol dan lapan assists dalam saingan EPL.

Selain itu, Aston Villa kini berada pada kedudukan kesembilan dengan 36 mata berbanding West Ham yang berada pada kedudukan keenam dengan 45 mata.

Mengulas lanjut Moyes berkata, skuad kendaliannya itu mampu mencatatkan keputusan positif berdepan Aston Villa, sekiranya pemain kekal berdisiplin mematuhi percaturan taktikal yang telah disediakan.

Artikel Berkaitan:

“Saya yakin untuk mencatatkan kemenangan, tetapi ia akan hanya berlaku jika pemain mematuhi taktikal yang telah kita rancang,” katanya.