PRN Johor: Maklumat calon di hujung jari

Laman web info.johorngundi.com.
Laman web info.johorngundi.com.
A
A
A

SHAH ALAM – Pengundi-pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh mendapatkan maklumat mengenai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing melalui laman web info.johorngundi.com.

Ketua Koordinator Projek dan Perhubungan Luar Ajar Demokrasi (AD), Najmi Hakim berkata, selain maklumat mengenai calon, laman web itu juga memaparkan manifesto semua parti yang bertanding.

“Laman web info.johorngundi.com mempunyai maklumat mengenai statistik, populasi penduduk di negeri Johor selain isu semasa berkaitan politik dan ekonomi negeri Johor,” katanya

Katanya lagi, AD juga turut bekerjasama bersama NASR (Nusantara Academy Strategic Research) dan Gerakan Johor Ngundi bagi menambahkan lagi capaian dan membantu dalam mempromosikan inisiatif Johor Ngundi.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Artikel Berkaitan: