Piala FA: Perlawanan Melaka Utd, PIB ditunda gara-gara Covid-19

Perlawanan pusingan pertama Piala FA Melaka United menentang PIB FC, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat pada malam Sabtu, terpaksa ditunda ke tarikh baharu berikutan kes penularan wabak Covid-19 dalam pasukan.
Perlawanan pusingan pertama Piala FA Melaka United menentang PIB FC, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat pada malam Sabtu, terpaksa ditunda ke tarikh baharu berikutan kes penularan wabak Covid-19 dalam pasukan.
A
A
A

PERLAWANAN pusingan pertama Piala FA Melaka United menentang PIB FC, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat pada malam Sabtu, terpaksa ditunda ke tarikh baharu berikutan kes penularan wabak Covid-19 dalam pasukan.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan 20 pemain dan pegawai Melaka United telah disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan RTK antigen.

"Oleh yang demikian, pengurusan kelab telah mengemukakan permohonan berserta laporan doktor pasukan, keputusan ujian dan MySejahtera pemain dan pegawai yang terlibat kepada MFL agar perlawanan mereka menentang PIB FC ditunda.

"MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai pasukan yang disahkan positif Covid-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” menurut kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Melaka United menerusi media sosial mengumumkan bahawa penonton yang membeli tiket perlawanan tersebut di www.tickethotline.com.my, boleh menggunakan tiket sama pada tarikh baharu perlawanan itu yang akan diumumkan nanti.

"Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku kepada PIB dan semua pihak yang terlibat berikutan penundaan perlawanan ini. Penundaan ini adalah demi semua yang terlibat, termasuk penyokong daripada Covid-19,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: