Speaker Dun Perak tolak usul ICERD

Ngeh Koo Ham
Ngeh Koo Ham
A
A
A
IPOH - Speaker Dun Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menolak usul Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan pada Sidang Dun Perak.

Beliau berkata, usul tersebut dibawa oleh Adun Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud dan Adun Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurutnya, penolakan usul itu dibuat atas dua alasan berkaitan Perlembagaan Persekutan dan keputusan yang diumumkan Kerajaan Persekutuan.

"Di bawah Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan, semua perkara berkaitan konvensyen antarabangsa dan hal-hal berkenaan badan antarabangsa adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

"Alasan kedua, isu meratifikasikan ICERD jadi perkara akademik memandangkan Kerajaan Persekutuan mengumumkan keputusan pada 23 November 2018 untuk tidak meratifikasi ICERD ini," katanya pada Sidang Dun Perak, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun keputusan tersebut dipertikai Ahmad Saidi kerana menganggap ia perlu dibentang sebagai sokongan kepada keputusan yang dibuat Kerajaan Persekutuan.

Namun Koo Ham kekal dengan keputusan untuk tidak memasukkan usul tersebut daripada dibincangkan pada Sidang Dun kali ini.