Sasar 23,000 jam khidmat sukarela sempena Hari BaktiRAKYAT

Warga kerja Bank Rakyat ketika menyertai program BaktiRAKYAT di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) baru-baru ini.
Warga kerja Bank Rakyat ketika menyertai program BaktiRAKYAT di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM – Bank Rakyat sentiasa berusaha memenuhi komitmennya untuk memelihara dan memulihara kelestarian alam sekitar menerusi program kesukarelawan BaktiRAKYAT.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata, program yang dilaksanakan menerusi aktiviti penanaman dan pemeliharaan pokok itu merupakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) bank itu dalam memberi fokus kepada pembangunan komuniti, pendidikan, kesihatan, sosioekonomi, pertanian dan khidmat sokongan.

“Aktiviti penanaman dan pemeliharaan anak pokok cengal di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) minggu lalu merupakan inisiatif sukarelawan kedua dilaksanakan selepas program pemuliharaan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pangkalan Balak, Melaka Januari lalu.

“Program yang dilaksanakan ini bertepatan dengan agenda kelestarian negara dalam memberi impak kepada kehidupan masyarakat yang kini berhadapan pelbagai cabaran susulan penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Abd Rani menanam pokok cengal ketika program BaktiRakyat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) baru-baru ini.
Abd Rani menanam pokok cengal ketika program BaktiRakyat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) baru-baru ini.

Mengulas lanjut Abd Rani berkata, Bank Rakyat sentiasa mengutamakan keseimbangan antara operasi perniagaan dan pemeliharaan alam sekitar dengan melibatkan semua warga kerjanya bagi menjamin kehidupan sosioekonomi lebih mampan.

Di samping itu katanya, inisiatif itu juga seiring dengan aspirasi Rangka Tindakan Kelestarian yang dirangka menerusi pelan strategik Bank Rakyat 2025 (BR25) bagi meningkatkan nilai kerjasama,memupuk semangat berkumpulan, mengikis sikap pentingkan diri dan cakna kepada persekitaran budaya komuniti.

“Sekurang-kurangnya satu program kesukarelawanan akan diadakan pada setiap bulan bermula Januari 2022 di peringkat wilayah dan ibu pejabat Bank Rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Program ini menyasarkan 23,000 jam khidmat sukarela menjelang Disember tahun ini sempena ‘Hari BaktiRAKYAT,” ujarnya.