Daesh dakwa Perang Ukraine sebagai satu bentuk hukuman Barat

Tentera Rusia gagal untuk menawan Kiev dalam tempoh yang singkat di Ukraine. - Foto AFP
Tentera Rusia gagal untuk menawan Kiev dalam tempoh yang singkat di Ukraine. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Kumpulan Daesh baru-baru ini menganggap Perang Ukraine yang meletus akibat pencerobohan Rusia ke atas negara itu sebagai satu bentuk hukuman ke atas Barat.

Kumpulan tersebut membuat dakwaan itu dalam satu artikel satu muka surat dalam surat berita keluarannya iaitu al-Naba.

Ia menyatakan pencerobohan itu juga dianggap sebagai pencerobohan antara penganut agama Kristian sesama mereka.

Kumpulan itu juga meminta supaya penganut Islam tidak menyokong sama ada Rusia atau Ukraine dalam peperangan tersebut.

Daesh juga menyatakan bahawa pencerobohan yang dilakukan oleh Rusia itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ia merupakan kemuncak 'pertandingan' antara Amerika Syarikat (AS) dengan Rusia untuk mengawal negara-negara Eropah Timur.

Kumpulan itu menjelaskan kedudukannya dengan mengharapkan kemusnahan sepenuhnya di kedua-dua pihak.

Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum ini membentuk pakatan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad bagi menentang Daesh dalam Perang Saudara di negara tersebut manakala Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy ialah seorang berketurunan Yahudi.

Ukraine pula ialah anggota Perikatan Global bagi Menentang Daesh. - Agensi

Artikel Berkaitan: