Mangsa kedua tanah runtuh disahkan meninggal dunia

Anggota Polis membawa keluar mayat yang tertimbus menggunakan trak polis dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2 Ampang malam ini. Foto Bernama
Anggota Polis membawa keluar mayat yang tertimbus menggunakan trak polis dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2 Ampang malam ini. Foto Bernama
A
A
A

AMPANG - [DIKEMASKINI] Seorang wanita warga emas yang juga mangsa kedua kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini pada Khamis dilaporkan meninggal dunia.

Mohamad Farouk
Mohamad Farouk

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang berusia 85 tahun itu dikeluarkan pada jam 9.10 malam.

"Mangsa ditemui dalam rumah yang terletak bersebelahan lokasi tanah runtuh itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dibawa keluar pasukan penyelamat," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Khamis.

Mohamad Farouk memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha mengesan tiga lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus.

Pada Khamis, media melaporkan empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dipercayai membabitkan penghuni di dalam rumah dan pekerja binaan berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua kediaman dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.

Artikel Berkaitan:

Norazam memaklumkan mangsa pertama ditemui selamat dan dikeluarkan pada jam 6.54 petang.