Vardy kena berehat lagi

Vardy (kanan) ketika bersaing dengan pemain Leeds United, Luke Ayling semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power pada 5 Mac lalu. Foto: AFP
Vardy (kanan) ketika bersaing dengan pemain Leeds United, Luke Ayling semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power pada 5 Mac lalu. Foto: AFP
A
A
A

LEICESTER City sekali lagi terpaksa melupakan khidmat penyerang prolifik The Foxes, Jamie Vardy berikutan kecederaan lutut dialami pemain England tersebut.

Pengendali Leicester City, Brendan Rodgers berkata, pemain berusia 35 tahun kelahiran Sheffield tersebut terpaksa disisihkan selama beberapa minggu berikutan kecederaan berkenaan.

“Ya, malang menimpa Vardy apabila dia cedera dalam perlawanan terakhir sebelum ini menyaksikan dia akan diketepikan selama beberapa minggu.

“Vardy mengalami masalah pada bahagian lututnya, tetapi diharapkan dalam tiga hingga empat minggu ini ia akan bertindak balas dengan baik. Dia hanya berasa sakit sehari selepas perlawanan sebelum ini,” kata Rodgers.

Vardy sebelum ini melakukan penampilan semula ketika membantu The Foxes melakar dua kemenangan ke atas Burnley diikuti Leeds United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Pada masa sama Rodgers mengakui bahawa kehilangan Vardy akan memberi impak terutamanya kepada bahagian serangan pasukan tersebut.

“Ya, Saya akui kami amat terkesan tanpa khidmat Vardy dan anda dapat melihat perbezaan ketika dia menggalas cabaran bersama pasukan dalam dua perlawanan sebelum ini, jadi bagi kami situasi ini amat mengecewakan pada saat para pemain merindui permainan Vardy,” katanya.

Artikel Berkaitan: