Pan Gon umum pemain utama Harimau Malaya

Pan Gon bercakap pada sidang media pengumuman senarai nama pemain yang akan dipanggil untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM hari ini. - Foto Bernama
Pan Gon bercakap pada sidang media pengumuman senarai nama pemain yang akan dipanggil untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu, Kim Pan Gon bersedia untuk menguji barisan berpotensi ‘utama baharu’ pasukan kebangsaan ketika berhadapan Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura sebagai persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun.

Daripada 30 pemain yang diumumkan jurulatih dari Korea Selatan itu, hanya pemain kelahiran United Kingdom Nathaniel Shio Hong Wan dan Khair Muhammad Jefri Jones, merupakan pemain yang buat pertama kalinya dipanggil untuk latihan pusat skuad utama.

Manakala lain-lain pemain adalah terdiri daripada barisan biasa lama yang juga memperlihatkan penyertaan kembali bekas ketua pasukan Safiq Rahim, 35, manakala 15 daripada 24 pemain pasukan yang gagal di Piala AFC 2020 tahun lepas, turut tersenarai.

Pan Gon turut menamakan dua pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh (pemain sayap) dan Liridon Krasniqi (penyerang/tengah) - bagaimanapun Guilherme de Paula tidak disenaraikan.

Pan Gon berkata, panel jurulatih telah berbincang dan menilai pemain berdasarkan kepada prestasi semasa Liga Malaysia, dan maklumat tambahan berdasarkan kepada stastistik lepas dan jumlah minit permainan dalam perlawanan antarabangsa dari 2019 dan 2021.

"Kami telah mengenal pasti hampir 70 pemain sebelum mengurangkannya kepada pemain-pemain yang kami percaya sesuai dengan falsafah permainan dan pelan taktikal kami. Kami tidak mungkin 100 peratus tepat, tetapi kami akan menganalisa keupayaan mereka dari segi teknikal, taktikal dan tingkah laku profesionalisme.

"Selepas kem ini, sehingga Jun, kami mempunyai banyak peluang untuk melihat perlawanan liga setiap minggu, jadi kami mungkin mendapatkan maklumat yang lebih banyak mengenai pemain dari semasa ke semasa.

Jadi kami mahu meminta daripada media dan peminat, sila sokong kami, tunggu dahulu dan kemudian kami akan cuba memilih yang terbaik untuk Malaysia,” katanya dalam satu sidang media di Wisma FAM di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun beliau enggan mengulas pemilihan pemain itu secara individu.

Pan Gon berkata, menerusi objektif jangka pendek untuk panggilan itu ialah bersedia untuk kelayakan Piala Asia pada Jun, dengan visi masa panjangnya antara lain ialah membina satu model permainan pasukan kebangsaan Malaysia (cara permainan Malaysia) dan mencari semula keyakinan pasukan, dalam usaha mewujudkan satu semangat berpasukan yang kuat dan mentaliti untuk menang.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan untuk berhadapan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Singapura, sebelum bertemu pasukan Liga Singapura Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.

Para pemain akan melaporkan diri di sebuah hotel di sini pada 14 Mac dan dijadualkan untuk berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk lapan hari, sebelum berlepas ke Singapura pada 22 Mac. - Bernama


Senarai penuh panggilan:


1. MOHD FARIZAL MARLIAS, 36, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

2. MUHAMMAD SYAHMI SAFARI, 24, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

3.MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK, 35, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

4. SHAHRUL MOHD SAAD, 29, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

5. CORBIN-ONG LA’VERE LWARENCE, 31, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

6. MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA, 25, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

7. NATHANIEL SHIO HONG WAN, 22, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

8. MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR, 28, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

9. SAFIQ RAHIM, 35, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

10. ARIF AIMAN MOHD HANAPI, 20, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

11. MUHAMMAD SAFAWI RASID, 25, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

12. MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID, 23, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

13. MOHAMADOU SUMAREH, 28, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

14. MUHAMMAD RAMADHAN SAIFULLAH USMAN, 22, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

15. MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID, 33, SELANGOR FC

16.QUENTIN CHENG JIUN-HO, 23, SELANGOR FC

17. SHARUL NAZEEM ZULPAKAR, 23, SELANGOR FC

18. MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM, 21, TERENGGANU FC

19. MOHAMAD HAKIMI ABDULLAH, 23, TERENGGANU FC

20. MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM, 24, TERENGGANU FC

21. KALAMULLAH AL-HAFIZ MAT ROWI, 27, PETALING JAYA CITY FC

22. KOGILESWARAN RAJ MOHANA RAJ, 24, PETALING JAYA CITY FC

23. DARREN YEE DENG LOK, 32, PETALING JAYA CITY FC

24. MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD, 27, KEDAH DARUL AMAN FC

25.DOMINIC TAN JUN JIN, 25, SABAH FC

26. KHAIR MUHAMMAD JEFRI JONES, 33, NEGERI SEMBILAN FC

27. MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH, 27, SRI PAHANG FC

28. LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN, 20, KV KORTRIJK

29. DION-JOHAN COOLS, 26, SV ZULTE WAREGEM

30. LIRIDON KRASNIQI, 30, ODISHA FC

Senarai simpanan:

1. KENNY PALLRAJ DAVARAGI, 29, KUALA LUMPUR CITY FC

2. MUHAMMAD AKRAM MAHINAN, 29, KUALA LUMPUR CITY FC

3. MUHAMMAD HADIN AZMAN, 28, KUALA LUMPUR CITY FC

4. ZHAFRI YAHYA, 28, KUALA LUMPUR CITY FC

5. AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED, 26, NEGERI SEMBILAN FC

6. AHMAD KHUZAIMI PIEE, 29, NEGERI SEMBILAN FC

7. MOHD RIZAL MOHD GHAZALI, 30, SABAH FC

8. V. RUVENTHIRAN, 21, PETALING JAYA CITY FC

9. AHMAD HAZWAN BAKRI, 31, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

10. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA, 36, MELAKA UNITED FC