Permohonan daftar GRS sudah dihantar kepada RoS

MASIDI
MASIDI
A
A
A

KOTA KINABALU - Permohonan untuk mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dua minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berharap pendaftaran itu dilaksanakan dengan secepat mungkin.

"Kita sudah hantar permohonan kepada RoS dua minggu lalu dan masih tunggu (didaftarkan).

"Mereka minta beberapa butiran lanjut tetapi kami belum diberikan lagi," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pemberian Vaksin Covid-19 bagi dos penggalak dan kanak-kanak di lobi Wisma Innoprise di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perkembangan usaha mendaftarkan GRS sebagai parti politik rasmi di negeri ini.

Sebelum ini, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memaklumkan senarai barisan hadapan kepimpinan dibincangkan secara dalaman antara parti komponen GRS dan akan diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selepas gabungan itu berjaya didaftarkan.

Artikel Berkaitan: