Empat warga asing baharu mendarat dicekup

Empat warga asing ditahan dipercayai baharu masuk ke negara ini dengan menggunakan bot melalui laluan laut di Jeti Nelayan Assam Jawa pada Rabu.
Empat warga asing ditahan dipercayai baharu masuk ke negara ini dengan menggunakan bot melalui laluan laut di Jeti Nelayan Assam Jawa pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Empat warga asing masing-masing dua lelaki dan dua wanita dicekup dipercayai baharu mendarat masuk ke negara ini menggunakan bot melalui laluan laut di Jeti Nelayan Assam Jawa pada Rabu.

Keempat-empat mereka yang berusia antara 26 hingga 37 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, pemeriksaan mendapati kesemua individu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah dan dipercayai baharu tiba ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.

Menurutnya, tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen

1959/63.

"Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga petugas," ujarnya.

Artikel Berkaitan: