Wan Suraya dilantik Ketua Pegawai Eksekutif IIM yang baharu

Wan Suraya
Wan Suraya
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu, berkuat kuasa semalam (7 Mac).

Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Wan Suraya itu adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang selama 27 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Berdasarkan pengalaman beliau, saya percaya dengan pelantikan ini, peranan dan fungsi IIM dalam menggalakkan serta membudayakan amalan integriti serta tadbir urus terbaik dapat lebih diperkasakan ke arah menyokong agenda integriti nasional,” katanya dalam satu kenyataan IIM pada Isnin.

Sebelum ini, Wan Suraya pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di pelbagai kementerian selain berpengalaman luas dalam bidang perdagangan antarabangsa dan industri, pengurusan sumber manusia, pelaburan serta keusahawanan.

Artikel Berkaitan: