Elak berteduh di bahu jalan ketika hujan

Sebuah lori datang secara tiba-tiba sebelum merempuh sembilan buah motosikal yang berteduh bawah jejambat.
Sebuah lori datang secara tiba-tiba sebelum merempuh sembilan buah motosikal yang berteduh bawah jejambat.
A
A
A

SHAH ALAM - Penunggang motosikal diingatkan supaya mencari tempat yang selamat dan tidak berhenti di bahu jalan untuk berteduh daripada cuaca hujan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, penunggang yang berhenti di bawah jambatan digesa supaya berada di bahagian dalam besi penghadang untuk keselamatan diri sendiri.

Datuk Mat Kasim Karim
Datuk Mat Kasim Karim

"Elakkan duduk di atas motosikal dan berada hampir dengan jalan bagi mengelakkan risiko terdedah kepada kemalangan.

"JSPT menggesa semua pengguna jalan raya untuk lebih peka dan prihatin kepada penunggang motosikal serta lebih berhati-hati memandu kenderaan semasa hujan,"katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada 7 Mac melaporkan seramai dua penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang berteduh bawah jejambat di kilometer (km) 92.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, di Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan ujian saringan awal urin suspek didapati negatif dan ujian EBA II juga didapati bebas alkohol.

Ketika kejadian, pemandu bersama kelindan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kelantan menghantar perabot iaitu sofa yang dibeli pelanggan secara dalam talian.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mat Kasim berkata, satu siasatan yang telus dan profesional berhubung kemalangan tersebut akan dijalankan oleh JSPT demi memastikan keadilan semua pihak.