Jerut kucing: Ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat

Tangkap layar video tular yang memaparkan seekor kucing kucing dijerut dan digantung di pagar sebuah rumah.
Tangkap layar video tular yang memaparkan seekor kucing kucing dijerut dan digantung di pagar sebuah rumah.
A
A
A

KUANTAN - Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau individu yang menyalurkan maklumat lengkap berhubung kes kekejaman terhadap seekor kucing pada Selasa.

Pengerusinya, Jurina Abdul Rani berkata, pelaku yang membunuh kucing bertindak kejam apabila menjerut dan menggantung haiwan terbabit di pagar sebuah rumah.

"Saya difahamkan bangkai kucing malang itu ditemui di sebuah rumah di taman Tas Ria berdasarkan perkongsian daripada video yang tular itu.

"Jadi, saya mohon dan merayu saksi kejadian supaya tampil menghubungi persatuan untuk menyalurkan maklumat lengkap dan kita akan berikan ganjaran kepada mereka,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada petang Selasa, tular satu video berdurasi 20 saat berhubung penemuan bangkai kucing yang dijerut dan digantung di pagar sebuah rumah.

Dalam video terbabit kedengaran suara seorang lelaki yang bertanyakan kucing itu milik siapa.

Jurina berkata, penyaluran maklumat itu diharap membantu pihak berkuasa untuk menangkap pelaku supaya didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Katanya, saksi atau pengadu tidak perlu khuatir kerana kerahsiaan mereka dijamin sepenuhnya dan diharap ada yang tampil memberi kerjasama.

Artikel Berkaitan:

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada persatuan menerusi Facebook rasmi kelab SKJP,” katanya.