Rantai emas diragut penunggang motosikal

Rakaman video tular memaparkan seorang lelaki meragut rantai emas seorang wanita di Taman Selayang Jaya pada Ahad.
Rakaman video tular memaparkan seorang lelaki meragut rantai emas seorang wanita di Taman Selayang Jaya pada Ahad.
A
A
A

GOMBAK - Seorang wanita diragut penjenayah yang menunggang motosikal dalam kejadian di Taman Selayang Jaya Batu Caves di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, wanita berkenaan bersama suaminya berada di hadapan sebuah restoran.

"Ketika pasangan itu hendak menaiki motosikal untuk pulang ke rumah, tiba-tiba telah datang seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC berwarna hijau telah meragut rantai emas milik mangsa dan terus melarikan diri.

"Nilai rantai emas itu dianggarkan RM5,000," katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dan pemilik video 'dashcam' yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 03-61262222, 016-9537372," katanya.

Pada Ahad, video berdurasi 18 saat tular di media sosial memaparkan rantai emas milik mangsa telah diragut suspek yang menunggang sebuah motosikal.

Artikel Berkaitan: