Empat lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM79,116

 Soffian Santong (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis heroin dan syabu yang dirampas dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan George Town pada 2 Mac lalu ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Isnin. -Foto: Bernama
Soffian Santong (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis heroin dan syabu yang dirampas dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan George Town pada 2 Mac lalu ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Isnin. -Foto: Bernama
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki tempatan dan merampas heroin serta syabu bernilai RM79,116 dalam enam serbuan berasingan di sekitar daerah Timur Laut pada 2 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asistan Komisioner Soffian Santong berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak dua minggu lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun di kawasan tempat letak kereta di hadapan sebuah pasar raya di Sungai Dua, pada jam 12 tengah hari.

"Hasil soal siasat, polis menyerbu sebuah rumah flat di kawasan Sungai Dua dan menahan seorang lagi lelaki berumur 31 tahun serta pemeriksaan di situ telah merampas tiga paket mengandungi 960 gram (g) heroin.

"Polis seterusnya membuat serbuan ketiga di sebuah rumah flat di Paya Terubong dan merampas sembilan paket mengandungi 3,349.5 g heroin serta 11 paket syabu(291g). Sindiket itu menjadikan rumah tersebut sebagai tempat menyimpan dadah sebelum menjual kepada pembeli,," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Menurutnya, polis kemudiannya menahan seorang lagi lelaki berusia 21 tahun di tempat letak kereta sebuah flat di Paya Terubong dan hasil soal siasat pihaknya menyerbu sebuah stor di kawasan yang sama serta heroin yang telah siap dibungkus sebanyak 332g dan 179g syabu yang disembunyikan di situ.

Beliau berkata, seterusnya serbuan ke enam, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di George Town yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket pengedaran tersebut.

"Semua dadah dirampas bernilai RM79,116 dan siasatan kami mendapati bekalan dadah diperoleh daripada rangkaian sindiket sebelum membungkusnya semula dan menjual kepada penagih dadah di sekitar daerah Timut Laut," katanya semua dadah dirampas itu boleh digunakan 25,557 penagih.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, polis turut menyita empat kenderaan dan pelbagai barang kemas daripada empat lelaki yang merupakan penganggur bernilai RM65,445.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tiga lelaki yang ditahan itu positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah malah suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut sejak 2013 dan pernah ditahan beberapa kali sebelum ini.

"Siasatan mendapati dua rumah itu disewa sindiket tersebut sejak tiga bulan lalu dan mereka dipercayai menjalankan kegiatan itu dengan berpindah randah bagi mengelak dikesan pihak polis. Empat lelaki itu kini direman sehingga 9 Mac ini," katanya kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama