Tujuh warganegara Myanmar gagal masuk ke Malaysia

Seramai lapan individu termasuk seorang tekong ditahan atas cubaan masuk secara haram ke Malaysia di kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Perlis, pada Ahad.
Seramai lapan individu termasuk seorang tekong ditahan atas cubaan masuk secara haram ke Malaysia di kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Perlis, pada Ahad.
A
A
A

KUALA PERLIS - Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi mematahkan cubaan sekumpulan warganegara Myanmar untuk masuk secara haram ke Malaysia di kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Perlis, pada Ahad.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Asisten Komisioner Shamsol Kasim berkata, tujuh warganegara Myanmar termasuk seorang wanita itu ditahan lebih kurang jam 5.30 pagi ketika penugasan Ops Landai.

"Ketujuh-tujuh individu berusia dari 17 hingga 48 tahun itu disyaki merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru sampai dari Thailand.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka tiada dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Shamsol, seorang tekong darat warga asing berusia 48 tahun sedang menunggu mereka dalam sebuah kenderaan di kawasan berhampiran.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati warga Myanmar berkenaan dikenakan bayaran sekitar RM3,000 hingga RM5,000 seorang untuk masuk ke Malaysia yang dibayar oleh ejen di negara itu.

Tambah beliau, kesemua individu itu termasuk tekong darat ditahan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan ditahan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan: