Rasuah: Jangan ambil mudah

No Image Caption
A
A
A

Ketika emosi rakyat ‘menggelegak’ apabila membahaskan isu membabitkan pemimpin-pemimpin yang korup, ikrar Perikatan Nasional (PN) yang menawarkan kepimpinan berintegriti dan bebas rasuah dilihat mampu memberi kelebihan kepada gabungan parti itu.

Ini berdasarkan dua bentuk strategi bersifat seimbang yang ditawarkan menerusi aspek-aspek yang menjadi tunjang utama dalam Ikrar PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung 12 Mac ini.

Di bawah strategi pertama, iaitu memperteguh kepimpinan dan tadbir urus berintegriti serta mewujudkan negeri bebas rasuah, PN memberi penekanan untuk mendokong pemimpin dan tadbir urus berintegriti, bebas rasuah serta menolak penyalahgunaan kuasa.

Aspek pertama yang digariskan di bawah strategi itu jelas menggambarkan komitmen PN menolak budaya korup secara menyeluruh dalam usaha memperbaiki negara ini.

Dalam strategi pertama juga menyatakan komitmen PN untuk melantik pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Raya Johor dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Selain itu, turut disenaraikan adalah mewajibkan ADUN untuk membentangkan laporan perbelanjaan peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tatapan orang awam sekiranya PN diberi mandat mentadbir Kerajaan Negeri Johor kelak.

Sementara itu, strategi kedua dalam Tunjang 1 iaitu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri juga dilihat mampu memberi impak positif.

Antara yang digariskan adalah meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan negeri, termasuk penyelenggaraan jalan negeri, jalan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jalan kampung.

PN juga berikrar meningkatkan ketelusan penyampaian bantuan kerajaan negeri bagi memastikan pengagihan yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat.

Kedua-duanya itu bakal membantu pentadbiran negeri kelak membanteras budaya rasuah secara lebih mikro.

Khamis lalu, seramai 56 barisan calon PN yang bertanding dalam PRN Johor menandatangani aku janji dan mengangkat sumpah menolak segala perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Memetik ucapan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN akan menjadikan ikrar dan Aku Janji Antirasuah sebagai amalan gabungan itu yang mendokong prinsip integriti dan menentang rasuah.

Tan Sri Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin

"PN buat Aku Janji Antirasuah untuk tunjukkan kepada rakyat Johor kesediaan kita dalam usaha memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Saya yakin dengan ikrar dan aku janji ini, PN dapat tingkatkan imej sebagai sebuah gabungan yang benar-benar berpegang pada prinsip, integriti, bersih, cekap dan prihatin, sekali gus akan diyakini rakyat Johor,” katanya.

Beliau turut menegaskan supaya ke semua 56 calon wakil rakyat yang akan dipilih rakyat Johor untuk mentadbir negeri Johor kelak bersedia dan sanggup memikul satu amanah yang berat serta tanggungjawab besar untuk memastikan nilai integriti sentiasa dijunjung.

“Anda (calon PN) semua adalah benteng utama untuk menyekat kemaraan semula kumpulan kleptokrat, yang berasaskan rasuah dan penyelewengan. At all costs, we must stop the return of kleptocrats, stop the abuse of powers (kita perlu memerangi kleptokrat, hentikan salah guna kuasa).

Muhyiddin dalam ucapannya juga berharap Bangsa Johor dapat menjadikan PRN ini sebagai satu permulaan untuk mereka membentuk kerajaan berasaskan nilai integriti dan lebih prihatin rakyat.

PN ada kelebihan

Dr Noor Nirwandy
Dr Noor Nirwandy

Mengulas pendekatan yang dilakukan oleh PN, Penganalisis Politik dari UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, manifesto politik berkaitan pelan pemulihan negara oleh mana-mana gabungan semestinya disambut baik oleh rakyat.

“Dalam hal ini, mungkin ia akan memberikan sedikit kelebihan dalam PRN Johor. Negara memerlukan kepimpinan strategik dan salah satu aspek penting adalah sistem pentadbiran dan persekitaran yang bebas rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya lagi, dalam membentuk demokrasi matang dan menyuburkan teras demokrasi negara, aspek kepimpinan berintegriti dan bebas rasuah amat penting dalam mana-mana manifesto gabungan kepimpinan politik negara.

“Isu rasuah khususnya tidak boleh dipandang ringan malah ia perlu dibanteras dari peringkat atasan hingga ke akar umbi.

“Jangan ambil mudah isu rasuah kerana ia boleh menimbulkan elemen sabotaj dalam mana mana pentadbiran negeri mahupun peringkat persekutuan,” tegasnya.

Jelasnya, tidak keterlaluan jika dikatakan Aku Janji Antirasuah itu mampu memberi gambaran bahawa pentadbiran di bawah PN adalah bersifat lebih adil.

“Bentuk penekanan yang tidak berkecuali ke atas mana-mana ADUN tanpa mengira parti ini, nyata mampu membawa kepada sistem pentadbiran yang lebih telus sekali gus memberi keyakinan bahawa penularan virus-virus rasuah boleh dihentikan,” katanya.

Banteras secara mikro

Dr Oh Ei Sun
Dr Oh Ei Sun

Sementara itu, Penganalisis Politik, Dr Oh Ei Sun berkata, tunjang satu di bawah ikrar yang menjadi manifesto PN dalam PRN Johor itu diakui berpotensi menjadikan PN sebagai pilihan pengundi-pengundi negeri Darul Takzim itu.

Beliau menyifatkan, apa yang ditawarkan oleh PN itu adalah satu usaha untuk menarik semula pengundi-pengundi PN ketika bergerak bersama Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

“Pengundi mungkin tidak berasa senang dengan UMNO terutamanya disebabkan dakwaan rasuah dalam kalangan pemimpin mereka.

“Namun dalam masa sama mereka juga mungkin tidak selesa dengan PH yang dirasakan terlalu liberal. Jadi mereka mungkin mengundi PN,” katanya.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan pemerhatian di lapangan, keputusan pengundi akan turut bergantung kepada isu-isu sosioekonomi setempat, isu kebajikan dan infrastruktur serta juga rekod perkhidmatan calon yang bertanding.

No Image Caption

“DEMI BANGSA JOHOR”

8 TUNJANG

24 STRATEGI

145 PENDEKATAN

TUNJANG 1

KEPIMPINAN BERINTEGRITI DAN BEBAS RASUAH

STRATEGI 1

Memperteguh Kepimpinan Dan Tadbir Urus Berintegriti Serta Mewujudkan Negeri Bebas Rasuah:

- Mendokong pemimpin dan tadbir urus berintegriti, bebas rasuah serta menolak penyalahgunaan kuasa.

- Melaksanakan pembangunan negeri berdasarkan nilai moral, etika dan integriti.

- Memastikan hasil sumber bumi Johor digunakan sebaiknya untuk pembangunan negeri dan rakyat.

- Melantik pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Raya Johor dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.

- Mewajibkan ADUN untuk membentangkan laporan perbelanjaan peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tatapan orang awam.

- Memperkenalkan Program Keutuhan Kepimpinan Johor yang fokus kepada sistem nilai serta bersandarkan aspek kerohanian kepada pemimpin di semua peringkat, termasuk daerah dan kampung.

No Image Caption

STRATEGI 2

Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Negeri:

- Memperkasakan tadbir urus syarikat milik kerajaan negeri dan menyusun semula syarikat bagi mengoptimumkan penjanaan keuntungan serta meningkatkan daya saing di peringkat global.

- Mengoptimumkan pendigitalan perkhidmatan awam negeri, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

- Meningkatkan ketelusan penyampaian bantuan Kerajaan Negeri bagi memastikan pengagihan yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat.

- Merakyatkan perkhidmatan awam negeri melalui program town hall bersama rakyatsecara berkala.

- Meningkatkan penglibatan wakil persatuan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai ahli majlis daerah/perbandaran/bandaraya.

- Meningkatkan libat urus bersama wakil industri dan masyarakat dalam merangka polisi kerajaan negeri.

- Meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan negeri, termasuk penyelenggaraan jalan negeri, jalan PBT dan jalan kampung.