ASTAF tolak permohonan PSM jadi ahli gabungan

Surat penolakan permohonan PSM untuk menjadi ahli gabungan ASTAF.
Surat penolakan permohonan PSM untuk menjadi ahli gabungan ASTAF.
A
A
A

HASRAT Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk menyertai semula Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) tidak kesampaian apabila permohonan badan induk tersebut ditolak entiti berkenaan.

Setiausaha Agung ASTAF, Boonchai Lorhpipat menerusi surat balas kepada Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh, memaklumkan perkara tersebut namun tidak memberitahu lebih lanjut mengapa permohonan tersebut ditolak oleh badan induk sepak takraw Asia itu.

“Merujuk kepada surat permohonan anda (PSM) bertarikh 23 Februari 2022, bagi memohon untuk menjadi ahli ASTAF susulan keputusan penghakiman yang diluluskan pada 20 Mei 2021 iaitu pemecatan PSM daripada ASTAF berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan ASTAF adalah muktamad bagi permohonan PSM sebagai ahli bertarikh 4 Mac 2022 seperti berikut: iaitu tidak lulus,”katanya.

Untuk rekod, pada 20 Mei 2021, Jawatankuasa Disiplin ASTAF menggugurkan keahlian PSM dari gabungan badan induk itu berkuat kuasa serta-merta selepas didapati bersalah berikutan tindakan Presiden PSM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail di atas kapasiti Timbalan Presiden ASTAF menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada Februari.

Tindakan Ahmad itu melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF seperti dimeterai pada 14 Mac 2008.

Artikel Berkaitan: