Rasa tidak puas hati punca pergaduhan di Stadium Cheras

Rakaman video tular memaparkan insiden kekecohan melibatkan penyokong Kuala Lumpur City dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras pada Sabtu.
Rakaman video tular memaparkan insiden kekecohan melibatkan penyokong Kuala Lumpur City dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Insiden pergaduhan antara penyokong Kuala Lumpur City dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, di sini pada Sabtu dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, dua lelaki telah ditahan dalam insiden itu.

"Dipercayai pergaduhan itu berpunca akibat daripada rasa tidak puas hati antara dua penyokong terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau memberitahu, siasatan masih dijalankan untuk memburu individu lain yang terlibat dalam kekecohan tersebut.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun itu ditahan selepas tidak mengendahkan arahan pihak polis dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu.

Kedua-dua penyokong terbabit kini direman tiga hari sehingga Isnin untuk tindakan lanjut.

Media tempatan melaporkan satu rakaman video tular di media sosial memaparkan keadaan kecoh di luar stadium itu selepas aksi kedua-dua pasukan itu seri dengan keputusan 3-3.

Artikel Berkaitan: