Cikgu Yeo mudah didekati rakyat

A
A
A

Cikgu Yeo mengedarkan risalah di medan selera Pekan Nanas.
Cikgu Yeo mengedarkan risalah di medan selera Pekan Nanas.

Berazam mahu terus berbakti kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong atau Cikgu Yeo menyahut cabaran bertanding pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) Johor.

Cikgu Yeo yang merupakan penyandang kerusi DUN Pekan Nanas sejak 2013 berpegang kepada prinsip membantu rakyat sepanjang masa dan bukannya bermusim terutama ketika menjelang pilihan raya.

Bekas guru ini memberitahu beliau amat menghargai peluang untuk bertanding pada PRN Johor kali ini.

Justeru, beliau mahu memastikan kebajikan rakyat di kawasan DUN Pekan Nanas terjamin seiring dengan pembangunan yang dilaksanakan.

Bank makanan

Cikgu Yeo berkata, sebagai pemimpin di kawasan DUN Pekan Nanas, beliau bersedia mendengar masalah rakyat tanpa mengira waktu.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, Cikgu Yeo amat berharap mandat dapat diberikan kepadanya pada 12 Mac ini bagi membolehkan beliau terus berbakti untuk warga DUN Pekan Nanas.

Katanya, program kebajikan yang dijalankan bersama pasukan sukarelawannya iaitu bank makanan mendapat sambutan yang cukup baik daripada penduduk dan penderma.

“Sudah lapan tahun saya melaksanakan program bank makanan di mana sebelum ini saya fokus kepada golongan pesakit kronik dan kurang mampu, tetapi selepas Covid-19 program terbabit mendapat respon cukup baik terutama daripada pihak yang hendak menderma.

“Bukan sahaja penerima sumbangan bertambah tetapi pihak yang memberi sumbangan juga meningkat. Saya turut salurkan sumbangan bank makanan kepada pihak sekolah bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Isu banjir

Tabri (kiri) kini tinggal di tempat tinggal lebih selesa selepas dibantu Cikgu Yeo
Tabri (kiri) kini tinggal di tempat tinggal lebih selesa selepas dibantu Cikgu Yeo

Persempadanan semula pada 2018 menyaksikan kawasan Kampung Ulu Pulai yang dahulunya DUN Kota Iskandar dimasukkan ke dalam kawasan DUN Pekan Nanas.

Cikgu Yeo berkata, prihatin dengan isu banjir yang kerap berlaku di kampungtersebut pelbagai usaha dilakukan termasuk projek meluruskan sungai berdekatan kampung pada 2019.

“Penduduk di Kampung Ulu Pulai mahukan rak yang tinggi untuk meletakkan barang ketika banjir berlaku. Saya berikan mereka rak yang tinggi. Rak terbabit dapat mengurangkan kerosakan barang yang mereka alami,” katanya.

Menyedari pertambahan pengundi baharu di Pekan Nanas sebanyak 8,655 orang pada PRN Johor kali ini, pastinya golongan pengundi muda ini perlu diberikan perhatian.

“Saya mula bertanding dalam pilihan raya pada usia 34 tahun dan kini berumur 42 tahun sudah tentu saya memahami denyut nadi pengundi muda di Pekan Nanas.

“Pelbagai program telah diadakan dengan orang muda termasuk bekerjasama dengan mereka mengadakan gotongroyong mengecat dan membersihkan pintu gerbang, astaka bola sepak di Kampung Pak Khalib,” katanya.

Jelasnya, jaringan internet perlu dipertingkatkan di kawasan DUN Pekan Nanas bagi membolehkan lebih ramai golongan muda terlibat dalam perniagaan secara atas talian.

Seorang orang kelainan upaya (OKU) bisu, Tabri Badrol, 68 gembira apabila dibantu Cikgu Yeo mendapatkan tempat berteduh lebih selesa menggantikan pondok stor kayu yang didiaminya.

Cikgu Yeo berkata, selepas mengetahui kisah Tabri pada penghujung tahun lalu, usaha terus dilakukan bagi membina tempat berteduh baharu untuknya.

“Saya berusaha dapatkan bantuan untuk membina tempat berteduh baharu untuk Tabri. Akhirnya pada Januari lalu, saya dan sukarelawan bergotongroyong dan menyiapkan rumah yang lebih selesa untuknya.

“Kos pembinaan sekitar RM8,000 dan kerja pembinaan siap dalam tempoh tiga minggu. Bila tengok Tabri senyum, saya cukup gembira,” katanya.

Poster kempen Cikgu Yeo
Poster kempen Cikgu Yeo

REAKSI

MOKHTAR
MOKHTAR

"Saya melihat Cikgu Yeo seorang yang sangat rajin, dia selalu turun bantu penduduk sepanjang masa." - Mohktar Mohsin, 67

FAIRUZ
FAIRUZ

"Penduduk tidak sukar untuk hubungi Cikgu Yeo. Beliau selalu turun padang dan boleh jumpa beliau pada bilabila masa.” - Fairuz Ngaris, 37

ABAS
ABAS

"Cikgu Yeo seorang pemimpin yang sering menghulurkan bantuan kepada penduduk kerana beliau sedar akan kesusahan rakyat.”- Abas Basari, 62

PROFAIL

YEO TUNG SIONG
YEO TUNG SIONG

Nama: Yeo Tung Siong

Tarikh Lahir: 25 April 1979

Kelulusan: Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum, Universiti Teknologi Malaysia

Kerjaya:

- ADUN Pekan Nanas (2013 – kini)

- Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Pei Chun, Pontian (2009-2010) - - Setiausaha Pihak Pengelola Pei Chun (2006-2008)

- Guru Disiplin (Tahun 2004- 2005)

- Setiausaha Pembinaan Sekolah Menengah Pei Chun, Pontian (Tahun 2011-2012) Jawatan yang disandang dalam politik:

- Pengerusi PH Tanjung Piai (2019-kini)

- AJK DAP Johor (2014-kini)