City tiada masalah berdepan United: Guardiola

Pemain City sedia berdepan United. - Foto Reuters
Pemain City sedia berdepan United. - Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pihaknya tidak berdepan masalah untuk berdepan Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad pada Isnin.

Menurut Guardiola, biarpun United dilihat mula mempamerkan kebangkitan sejak akhir-akhir, namun ia mampu ditangani oleh kesebelasan City dan seterusnya memastikan kemenangan ada aksi berkenaan.

“Mereka ada jentera serangan yang bagus, pemain sayap yang pantas dan benteng pertahanan yang kukuh.

“Semua ini memungkinkan kita untuk tewas atau jika kena dengan taktikalnya, kita boleh menewaskan mereka pula.

“Apa pun, kali ini kita akan beraksi seperti biasa dan kita akan mengasak mereka di sepanjang perlawanan bagi menghasilkan kemenangan,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan pasukan, Guardiola berkata, beliau tetap mengarahkan pemain untuk melakukan bersedia untuk berdepan United.

Katanya, pemain juga diingatkan untuk memberikan aksi terbaik kerana beliau menjangkakan United pasti memberikan tentangan sengit pada perlawanan berkenaan.

“Kita akan beraksi tanpa Ruben Dias akibat kecederaan otot dan hamstring. Kita mungkin kehilangannya untuk tempoh empat hingga enam minggu.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi ia tidak memberikan masalah kerana kita pernah beraksi tanpa Kevin (De Bruyne) selama berbulan-bulan.

“Lagi pun, ketika ini, kita sudah mengenal pasti pemain yang bakal beraksi dan mereka dilihat sudah bersedia untuk menggalas cabaran,” katanya.