Sila log masuk terlebih dahulu.

PRN Johor: Anak jati ingin Paloh jadi menarik untuk belia

Ting Han mempunyai banyak rancangan bagi menjadikan Paloh lebih pelbagai dan menarik untuk belia.
Ting Han mempunyai banyak rancangan bagi menjadikan Paloh lebih pelbagai dan menarik untuk belia.
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Lee Ting Han yang merupakan anak jati kawasan tersebut mempunyai banyak rancangan bagi menjadikannya ia lebih pelbagai dan menarik untuk belia, termasuk mencipta pekerjaan serta mempunyai lebih banyak pembangunan perumahan.

Memetik laporan The Star, beliau yang merupakan seorang Peguam berusia 32 tahun berkata, ini kerana terdapat banyak keluarga yang telah berusia di kawasan tersebut.

''Ramai generasi muda daripada keluarga di sini memilih untuk pergi ke tempat lain, kebanyakannya ke tempat bandar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur atau Singapura untuk prospek yang lebih baik.

''Kebanyakan mereka yang masih ada biasanya pekebun kecil kelapa sawit dan ibu bapa yang sudah berumur.

''Terdapat hanya sedikit perkembangan sahaja di sini dalam beberapa tahun lepas,'' katanya.

Ting Han yang mempunyai keluarga di Kampung Chamek DUN itu berkata, adalah penting untuk merangsang ekonomi tempatan terlebih dahulu.

''Sebagai contoh, Paloh adalah tempat yang baik untuk menawarkan produk dan perkhidmatan agropelancongan dan ekopelancongan.

''Kaedah sebegini telah berjaya di tempat lain seperti di Selangor dan Perak. Saya mahu mencari cara untuk mempelbagaikan ekonomi di sini,'' ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, jika mendapat penyelesaian untuk merangsang ekonomi tempatan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan, ini juga akan meyakinkan pengundi untuk menyokong BN.

Beliau turut berterima kasih kepada jentera pilihan raya BN di kawasan Parlimen Sembrong yang memainkan peranan penting dalam menyokong kempen pilihan rayanya.

''Saya akan melakukan yang terbaik untuk membuktikan kepada akar umbi BN. Saya bersyukur kerana ada mereka bersama saya semasa berkempen di kawasan Melayu,'' katanya.

Jelasnya, di DUN tersebut, Melayu membentuk sebanyak 47 peratus, Cina dengan 37 peratus, selebihnya 15 peratus untuk India dan satu peratus Orang Asli.

Ting Han berada dalam pertarungan empat penjuru, menentang penyandang dari Pakatan Harapan, Sheikh Umar Bagharib Ali; Perikatan Nasional, V. Selvendran dan Aminuddin Johari dari Parti Pejuang.