Lotus’s Malaysia laksana, guna pembungkus mesra alam

Proses pembungkusan rangkaian alat tulis jenama Lotus's Malaysia oleh HeeLee Enterprise Sdn Bhd.
Proses pembungkusan rangkaian alat tulis jenama Lotus's Malaysia oleh HeeLee Enterprise Sdn Bhd.
A
A
A

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) meneruskan dasar dan tanggungjawabnya kepada alam sekitar dengan memperkasakan penggunaan pembungkus kitar semula bagi semua produk keluarannya.

Terkini, hampir 43 peratus barangan keluaran jenama itu di pasaran telah mengaplikasikan pembungkus kitar semula dan angka tersebut dijangka meningkat dari masa ke masa.

Bagi merealisasikan inisiatif berkenaan, Lotus’s Malaysia kini telah menggunakan pembungkus kitar semula untuk hampir semua jenis produk alat tulis di bawah jenama berkenaan.

Jocelyn Yap
Jocelyn Yap

Pengurus Teknikal (Alat Tulis) Lotus’s Malaysia, Jocelyn Yap berkata, 95 peratus daripada 170 simpanan stok (SKU) produk alat tulis yang dipasarkan di bawah jenama syarikat itu menggunakan pembungkus kitar semula menerusi kerjasama dengan pengedar, HeeLee Enterprise (M) Sdn Bhd.

“Pengedar terbesar produk alat tulis barangan jenama Lotus’s Malaysia iaitu HeeLee Enterprise menggunakan pembungkusan kitar semula dan kami akan tingkatkan penggunaan bungkusan jenis ini dari masa ke semasa untuk mencapai 100 peratus penggunaan.

“HeeLee Enterprise menepati piawaian Lotus’s Non-Food Standard yang selaras dengan International Standard ISO9001 bagi pembangunan produk jenama sendiri, serta proses audit kilang turut dijalankan pada setiap tahun,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan bersama media di ibu pejabat HeeLee Enterprise pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Jocelyn berkata, pihaknya kini sedang meneliti beberapa jenis produk alat tulis lain untuk ditambah ke pasaran Lotus’s Malaysia bagi memastikan pelanggan mempunyai pelbagai pilihan mengikut kesesuaian penggunaan.

Permintaan meningkat

Fariz Ezani
Fariz Ezani

Sementara itu, Ketua Pemasaran Produk Jenama Lotus’s Malaysia, Fariz Ezani Mohd Yusoff berkata, rangkaian produk jenama itu menyumbang sehingga 30 peratus jumlah jualan kepada pasar raya berkenaan.

Oleh itu katanya, Lotus’s Malaysia sentiasa memastikan rangkaian produknya dikemaskini dan ditambah nilai bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin mempercayai jenama itu.

“Permintaan terhadap produk jenama Lotus’s semakin meningkat kerana kami mempunyai pelbagai pilihan selain harga yang ditawarkan pula sehingga 15 peratus lebih murah berbanding jenama terkenal dalam pasaran.

“Kami sentiasa komited untuk memastikan pelanggan mempunyai pelbagai pilihan produk yang berkualiti setanding jenama terkemuka di pasaran namun dijual pada harga mampu milik,” katanya.

Jocelyn memberi penerangan kepada wakil media mengenai rangkaian alat tulis Lotus's Malaysia di kilang HeeLee Enterprise.
Jocelyn memberi penerangan kepada wakil media mengenai rangkaian alat tulis Lotus's Malaysia di kilang HeeLee Enterprise.

Mengulas lanjut, Fariz Ezani berkata Lotus’s Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tesco Stores (M) Sdn Bhd kini sedang giat mempelbagaikan saluran pemasaran bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai perubahan nama jenama itu.

Katanya, pemasaran menerusi dalam talian sedang giat dijalankan menerusi syarikat e-dagang, Shopee dan Lazada selain memperkasakan laman Facebook rasmi Lotus’s Malaysia.

“Kami mahu didik pelanggan tentang perubahan jenama daripada Tesco ke Lotus’s selain sentiasa bertanya tentang jangkaan atau pandangan mereka dengan perubahan itu.

“Kebanyakan pelanggan kami mahu harga produk Lotus’s kekal murah sama seperti dulu (Tesco), kualiti setanding barangan jenama terkenal atau ditambah baik dan banyakkan lagi pilihan barangan di pasar raya kami.

Antara rangkaian produk alat tulis jenama Lotus's Malaysia yang dipasarkan.
Antara rangkaian produk alat tulis jenama Lotus's Malaysia yang dipasarkan.

“Kami sentiasa hargai pandangan pelanggan dan akan sentiasa berikan yang terbaik untuk mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu Fariz Ezani berkata, Lotus’s Malaysia akan mewujudkan 300 SKU menjelang akhir tahun ini merangkumi pelbagai jenis produk keperluan masyarakat sekali gus memperkukuhkan jenama itu di Malaysia.

“Fokus kami kini adalah menyediakan barangan berkualiti tinggi bagi memastikan produk-produk Lotus’s Malaysia sentiasa menjadi pilihan masyarakat,” katanya.