[VIDEO] Banjir: SK Sungai Berua musnah dibadai kepala air

Pandangan dari laluan masuk ke SK Sungai Berua yang musnah dalam bencana banjir di daerah Hulu Terengganu pada Ahad lalu. (Gambar kecil: Zaidi)
Pandangan dari laluan masuk ke SK Sungai Berua yang musnah dalam bencana banjir di daerah Hulu Terengganu pada Ahad lalu. (Gambar kecil: Zaidi)
A
A
A

HULU TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua yang menempatkan murid Orang Asli di sini, musnah teruk selepas dibadai kepala air ketika banjir melanda daerah berkenaan, Ahad lalu.

Guru Besarnya, Zaidi A. Ghani berkata, kesemua barangan dan peralatan di sekolah itu tidak dapat diselamatkan kerana air naik dengan begitu cepat bersama arus deras.

Menurut Zaidi, dia menerima panggilan daripada kakitangan sekolah memaklumkan air mula naik dan memasuki kawasan sekolah pada jam 3 pagi.

"Dalam tempoh lima minit sahaja kepala air yang turun dari bukit berhampiran telah memenuhi semua kawasan ini dan merosakkan semua peralatan sekolah.

"Sekolah ini ditenggelami air setinggi enam meter. Boleh dikatakan nilai kerugian dialami sama seperti kos untuk membina semula sebuah sekolah baharu," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi berkenaan, pada petang Rabu.

Uajrnya lagi, banjir kali ini disifatkan sebagai paling buruk sejak kampung itu dibuka dan didiami penduduk.

Zaidi menunjukkan antara peralatan sekolah yang musnah ketika banjir melanda kawasan itu Ahad lalu.
Zaidi menunjukkan antara peralatan sekolah yang musnah ketika banjir melanda kawasan itu Ahad lalu.

Katanya, antara kerosakan berlaku melibatkan enam bilik darjah, bilik mesyuarat, pejabat, isolasi stor sukan, makmal komputer, perpustakkan surau, bilik guru dan padang bola.

Artikel Berkaitan:

Turut musnah ialah 20 peralatan sekolah dan 30 komputer baharu untuk kegunaan murid yang diperoleh tahun lalu.

"Anggaran kerugian kita belum dapat anggarkan lagi buat masa ini tetapi boleh kata ia merupakan satu kerugian besar melibatkan harta benda sekolah kerana semuanya tidak dapat diselamatkan.

"Kebetulan pula bencana berlaku ketika cuti sekolah, namun kita jangka proses baik pulih sekolah tidak dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh tiga minggu ini kerana selain harta benda rosak, sekolah turut dipenuhi sampah-sampah dan kayu-kayu yang dibawa kepala air dari atas bukit," ujarnya.

Antara sisa kayu yang dibawa kepala air ketika banjir melanda Ahad lalu.
Antara sisa kayu yang dibawa kepala air ketika banjir melanda Ahad lalu.

SK Sungi Berua memiliki seramai 70 murid, 11 guru serta dua kakitangan.

Sementara itu, Pegawai Meja Pengurusan Pendidikan Murid Orang Asli Terengganu, Mohd Sanusi Awang@Hamid berkata, fokus utama buat masa ini ialah kerja-kerja pembersihan kawasan sekolah yang akan dibantu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendikan Negeri Terengganu (JPNT) dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita akan menyediakan laporan terperinci mengenai kerosakan yang berlaku di sekolah ini dan akan panjangkan kepada PPD sebelum diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya.



BERITA SEMASA 4 MAC 2022

Sekolah Kebangsaan Sungai Berua menempatkan 70 murid Orang Asli di daerah Hulu Terengganu, Terengganu musnah selepas dibadai kepala air ketika banjir melanda daerah itu minggu lalu, laporan wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Baca artikel DI SINI https://bit.ly/3pzzct9

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

" />