Sudah sampai masa kerajaan wajibkan dos penggalak

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PADA Rabu, sejumlah 78 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan termasuk 34 kes kematian yang berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal CovidNow, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 32,827 orang.

Bukan menidakkan takdir, adakah kita sudah menang menangani Covid-19? Kian hari kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 bertambah.

Biarpun terdapat trend peningkatan dalam kemasukan ke hospital ketika gelombang Omicron, namun kadar discaj dari hospital turut naik mendadak.

Seperti yang kita sedia maklum, KKM tidak akan melanjutkan lagi tempoh pemberian dos penggalak yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini kepada penerima vaksin Sinovac. KKM sebelum ini menetapkan tempoh akhirnya ialah sehingga 28 Februari lalu, namun ia dilanjutkan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jika mereka masih enggan mendapatkan vaksin itu selepas tarikh berkenaan, status vaksinasi mereka bertukar kepada tidak lengkap.

Merak Jalanan berpendapat, sudah sampai masanya KKM mempertimbangkan untuk mewajibkan semua individu dewasa untuk mendapatkan dos penggalak.

Sekiranya ia tidak diwajibkan, keadaan tidak akan berubah, kadar jangkitan akan bertambah dan tidak mustahil semakin ramai yang terpaksa menjalani kuarantin selama lima hari akibat dijangkiti Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Walaupun dalam sidang akhbar baru- baru ini Khairy menjelaskan bahawa individu berumur 18 tahun ke atas yang telah menerima dos penggalak dan menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 tidak perlu lagi menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian (HSO) sekiranya tidak bergejala, namun siapa dapat beri jaminan mereka tidak akan menyebarkan virus berkenaan?

Bagi Merak Jalanan, tepuk dada tanya diri sendiri.