Polis kesan lelaki tambah nilai e-wallet guna wang palsu

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wajah suspek seorang lelaki memakai cermin mata dan berbadan gempal. - Foto PDRM
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wajah suspek seorang lelaki memakai cermin mata dan berbadan gempal. - Foto PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penggunaan wang palsu di sekitar daerah ini dan Rembau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah dengan mengunjungi kedai serbaneka 24 jam untuk menambah nilai e-wallet.

"Selesai tambah nilai, suspek akan membuat pembayaran menggunakan wang dipercayai palsu.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wajah suspek seorang lelaki memakai cermin mata dan berbadan gempal," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, suspek dipercayai menaiki kereta jenis Honda City semasa melakukan jenayah tersebut.

"Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran dan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Faizul Md Zan di talian 06-4412502 atau 013-3076281 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: