[VIDEO] MP Jelutong diarah keluar dewan

RSN Rayer
RSN Rayer
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer diarah keluar dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Noor pada Selasa.

Tindakan itu dibuat selepas Rayer enggan mendengar arahan Ramli yang meminta beliau duduk dan memberi peluang kepada Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan sesi perbahasannya tanpa diganggu.

"Saya sudah memutuskan memberi petua (supaya ) duduk, duduk, duduk. Bentara sila iring Jelutong keluar," kata Ramli selepas Rayer dilihat tidak menghiraukan arahannya.

Sejurus mendengar arahan itu, Rayer meminta Ramli menentukan tempoh masa arahan keluar tersebut.

"Kalau saya tidak sebut, dua hari. Sekarang saya sebut, sehari," kata Ramli.

Terdahulu Rayer dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad bangun mempertikai hujah perbahasan Najib dan mengasak supaya beliau menghentikan perbahasannya.

Najib ketika itu mengambil giliran berhujah antaranya mengenai isu kewangan dan hutang negara serta Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Artikel Berkaitan: