Gesa tiada diskriminasi terhadap orang awam mahu tinggalkan Ukraine

Stephane Dujarric. - Foto AP
Stephane Dujarric. - Foto AP
A
A
A

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres membidas diskriminasi terhadap beberapa warga asing yang cuba melarikan diri daripada pertempuran di Ukraine, kata jurucakapnya pada Selasa.

"Setiausaha Agung menolak sekeras-kerasnya, apa sahaja bentuk diskriminasi berdasarkan kaum, agama, etnik, dalam konteks konflik ini, serta layanan yang diberikan kepada orang yang cuba meninggalkan Ukraine untuk mencari perlindungan di negara lain," kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric.

Kenyataan tegas itu dikeluarkan susulan laporan beberapa warganegara lain, seperti pelajar dan pekerja dari Afrika dan Asia, tidak dibenar menggunakan pengangkutan yang disediakan untuk keluar dari Ukraine, lapor Xinhua.

Di Geneva, Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths berkata telah menerima ikrar sumbangan berjumlah AS$1.5 bilion untuk bantuan AS$1.7 bilion yang dicari buat mangsa pertempuran di Ukraine.

Meskipun berlaku pertempuran, kakitangan PBB masih kekal di sana dan menyampaikan bantuan kemanusiaan, kata jurucakap itu.

Dalam satu taklimat harian, beliau memberitahu pemberita bilangan petugas di Ukraine masih sama seperti yang dilaporkannya minggu lepas, sekitar 1,500 orang, dengan beberapa pertukaran kakitangan masuk dan keluar dari Ukraine.

Talian komunikasi badan dunia itu dengan kakitangannya juga masih dibuka, kata Dujarric.

Tabung Kanak-Kanak PBB dan rakan kongsinya bergerak untuk merawat gangguan mental dan emosi yang disebabkan oleh konflik, manakala penghantaran pertama Program Makanan Sedunia sedang dalam perjalanan dari Turki ke Ukraine, kata jurucakap itu.

Artikel Berkaitan:

Agensi Pelarian PBB itu menghantar trak barangan isi rumah pertamanya ke tengah Ukraine untuk keluarga di pusat pemindahan dan orang lain yang memerlukan, tambahnya. - Bernama