Gaduh di restoran, polis panggil enam individu

Sekumpulan lelaki bergaduh akibat perselisihan faham di sebuah restoran di bandar Batu Pahat, pada hujung bulan lalu yang tular di media sosial.
Sekumpulan lelaki bergaduh akibat perselisihan faham di sebuah restoran di bandar Batu Pahat, pada hujung bulan lalu yang tular di media sosial.
A
A
A

BATU PAHAT - Polis sudah memanggil enam individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah restoran di bandar ini pada hujung bulan lalu yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada Selasa yang melibatkan pergaduhan sekumpulan lelaki.

"Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada 27 Februari di sebuah restoran. Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham.

"Seramai enam orang sudah dipanggil untuk memberi keterangan. Tiada sebarang kecederaan dialami mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut diminta tampil memberi kenyataan di balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: