Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran dua buah rumah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SIBU - Tiga sekeluarga rentung dalam satu insiden kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Bahagia Jaya di sini, malam ini.

Maklumat awal dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak menyatakan, mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sima Abdullah, 18, Rashidah Suut, 81, dan seorang lagi mangsa yang belum disahkan identitinya.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon 4 Sibu Janggan Mulling memberitahu Bernama, empat lagi mangsa terselamat dalam insiden yang dilaporkan kira-kira pukul 8.12 malam itu.

Katanya, seramai 19 anggota dari dua balai bomba dan penyelamat di sini dikejarkan ke tempat kejadian sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 9 malam.

Setakat ini, JPBM masih menyiasat punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: