Rompak bersenjata, polis buru dua lelaki

Mohd Azhar
Mohd Azhar
A
A
A

TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] Polis sedang memburu dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan berkumpulan dan bersenjata di kawasan perumahan Mentakab di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, satu laporan polis diterima kira-kira jam 10.30 malam Isnin berkaitan kejadian tersebut.

Menurutnya, kedua-dua suspek bersenjatakan parang serta memakai topi keledar dan memakai pelitup muka ketika kejadian.

"Suspek melarikan wang tunai dan barang kemas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10,000," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan dan bersenjata).

Mohd Azhar turut menasihatkan orang ramai memastikan langkah- langkah keselamatan seperti sentiasa

memastikan pintu dan tingkap rumah dikunci dengan baik dan menambah ciri- ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan tidak menyimpan barang berharga di dalam rumah," tambahnya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh meminta kerjasama orang awam menyalurkan maklumat berkenaan kejadian tersebut kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shawal Nordin di talian 014-5060886 atau menghubungi IPDTemerloh di talian 09-2716222 atau balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan: