Dua lelaki direman sogok pegawai TNB RM75,000

Perintah reman terhadap suspek itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mas Azmimin Ahmad di Mahkamah Khas Reman Seremban pada Selasa.
Perintah reman terhadap suspek itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mas Azmimin Ahmad di Mahkamah Khas Reman Seremban pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - Dua lelaki direman enam hari selepas disyaki menyogok pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM75,000 bagi melindungi aktiviti mencuri bekalan eletrik premis sekitar Negeri Sembilan yang menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin.

Perintah reman terhadap suspek berusia 49 dan 50 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mas Azmimin Ahmad di Mahkamah Khas Reman Seremban pada Selasa.

Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Riduan Kadri.

Difahamkan kedua-dua suspek menawarkan dan memberikan wang jumlah keseluruhan RM75,000 secara rasuah kepada pegawai TNB Zon Selatan (Negeri Melaka/Johor/Negeri Sembilan) sejak Ogos 2021 hingga Januari lalu.

Ia sebagai dorongan untuk melindungi aktiviti mencuri bekalan eletrik di beberapa premis sekitar Negeri Sembilan yang menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin.

Sebelum itu suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan jam 3.30 petang pada Isnin.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Artikel Berkaitan: