BWF batal semua kejohanan di Rusia, Belarus

- Foto AFP
- Foto AFP
A
A
A

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) membatalkan semua kejohanan di Rusia dan Belarus, yang mendapat kebenaran badan induk badminton tersebut sebelum ini berikutan pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine.

Malah menurut BWF, bendera Rusia dan Belarus juga dilarang dipamerkan manakala lagu kebangsaan kedua-dua negara tersebut tidak dibenarkan dimainkan dalam sebarang acara badan induk berkenaan.

“Tiada sebarang kejohanan badminton lain juga akan diperuntukkan kepada Rusia atau Belarus sehingga diberitahu kemudian.

“BWF akan terus memantau situasi semasa dengan teliti dan secara proaktif berunding dengan rakan kongsi pergerakan sukan antarabangsa kami untuk membincangkan pilihan lain yang berpotensi mengukuhkan langkah terhadap kerajaan Rusia dan Belarus,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, badan induk itu menyokong penuh gesaan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) supaya persekutuan sukan lain memindahkan atau membatalkan acara sukan yang dirancang di Rusia atau Belarus.

“BWF berdiri dalam solidariti penuh dengan seluruh persekutuan sukan antarabangsa untuk menyeru semua pihak menghentikan tindakan keganasan dan memulihkan keamanan,” katanya.

Artikel Berkaitan: