Siling hospital tiba-tiba runtuh

Keadaan siling yang runtuh di HEBHK Kluang.
Keadaan siling yang runtuh di HEBHK Kluang.
A
A
A

KLUANG - Sebahagian daripada siling berhampiran kawasan menurunkan pesakit di Wad Kecemasan Hospital Enche Besar Hajah Kalsom (HEBHK) Kluang dilaporkan runtuh petang tadi.

Pengarah HEBHK, Dr Azura Abu Bakar berkata, bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana tiada pesakit, pelawat, kakitangan atau kenderaan hospital di kawasan tersebut.

“Kejadian berlaku secara tiba-tiba dan ketika kejadian, cuaca berada dalam keadaan elok dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak hospital.

No Image Caption

“Proses pembersihan juga sedang dilakukan dan operasi serta perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma juga berjalan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, semua ambulans yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian juga tidak mengalami sebarang kerosakan dan boleh beroperasi seperti biasa.

Katanya, orang ramai juga tidak perlu merasa risau kerana kejadian ini tidak melibatkan kawasan lain di hospital tersebut.

Artikel Berkaitan: