MFL sudah ada plan A dan plan B

Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) melaungkan keyakinan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini tidak akan menjejaskan jadual yang telah diatur bagi saingan Liga-Malaysia (Liga-M) 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sudah merangka beberapa perancangan bagi memastikan perjalanan Liga-M berjalan dengan lancar sekiranya penundaan perlawanan berlaku berikutan penularan wabak tersebut.

“Kita lihat pada ketika ini berlaku peningkatan jangkitan virus Covid-19 di Malaysia. Bagaimanapun saya yakin masalah itu tidak akan mengganggu jadual Liga-M yang telah pun kita susun ketika ini.

“Kita akan carry on segala yang sudah dirancang sebelum ini. Malah sekiranya berlaku penundaan perlawanan atau sebagainya kita sudah ada plan A dan plan B bagi memastikan saingan liga berjalan dengan sempurna,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kebimbangannya berkenaan peningkatan kes semasa, Stuart melihat situasi tersebut dari sudut pandang positif yang mana ia akan membuatkan semua pihak lebih berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.

“Sudah tentu semua pihak ketika ini bimbang dengan kes Covid-19 yang meningkat naik ketika ini. Malah ia satu pembohongan sekiranya kalau saya cakap saya tidak risau.

“Bagaimanapun saya lihat kerisauan itu menjadikan kita lebih berdisiplin untuk mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum ini.

“Malah saya sendiri telah berhubung dengan kebanyakan CEO kelab, mereka sentiasa mengambil serius mengenai pematuhan SOP dengan amat ketat. Ia supaya boleh mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ketika liga sedang berlangsung,” katanya.

Artikel Berkaitan: