18 dikhuatiri hilang, bot dinaiki hampir karam

Posisi kejadian sebuah bot pancing membawa 18 mangsa hampir karam di kedudukan sekitar 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, pada Sabtu.
Posisi kejadian sebuah bot pancing membawa 18 mangsa hampir karam di kedudukan sekitar 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 14 pemancing dan empat kru dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka hampir karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, di sini, pada Sabtu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awal, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang itu melibatkan 18 mangsa.

Katanya, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan bot yang dilaporkan hampir karam.

"KM Tenggol, bot PERKASA 1225 dan bot penyelamat 5 telah diatur gerak bagi operasi CARILAMAT sebaik menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan.

"Sektor operasi diperluaskan daripada lima batu nautika hingga ke 10 batu nautika berikutan penemuan beberapa objek timbul seperti tong ikan, tin biskut dan gabus yang dipercayai milik bot berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, barangan tersebut ditemui pada jarak 4.8 batu nautika, barat daya dari posisi akhir bot berkenaan dilaporkan hilang.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zawawi berkata, maklumat kejadian juga turut disalurkan kepada agensi seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) serta komuniti nelayan setempat.

Artikel Berkaitan: