Kes denggi meningkat di Pahang

Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman.
Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman.
A
A
A

KUANTAN- Sebanyak 301 kes deman denggi dicatatkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga 16 Mac tahun ini.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan 103 kes atau 52 peratus berbanding 198 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman berkata, Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu, 148 kes, diikuti Temerloh(44 kes), Pekan (30 kes), Jerantut (20 kes), Bentong (16 kes) dan Rompin (14 kes).

Manakala Maran, 11 kes, Bera (8 kes), Lipis (6 kes), Raub (5 kes) dan Cameron Highlands (1 kes).

Menurutnya, dalam tempoh sama tahun ini, jumlah lokaliti wabak denggi meningkat 400 peratus apabila 15 kejadian wabak direkodkan berbanding tiga kejadian dalam tempoh sama pada 2018.

"Terdapat empat lokaliti yang masih aktif termasuk di Felda Bukit Goh Peringkat 1 (5 kes), PAKR Panching, Jalan Sungai Lembing (5 kes) di Kuantan, Kuarters Penjara Mempaga, Bentong (4 kes) dan Taman Peramu Jaya 3, Pekan (4 kes)," katanya.

Dr Sha'ari berkata, selain kediaman, pihaknya mendapati pembiakan nyamuk aedes berlaku di kawasan taman rekreasi, tanah lot kosong, tapak bina, tempat pembuangan sampah, tapak semaian, kilang dan gudang.

Artikel Berkaitan: