Rugi, 24,000 anak pokok cili ditenggelami air

Mohd Rozman menunjukkan pokok cili rosak akibat ditenggelami air.
Mohd Rozman menunjukkan pokok cili rosak akibat ditenggelami air.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seramai 11 orang peserta projek cili fertigasi di Desa Alam Shah, Kampung Gong Jenarah, Gaal, di sini berdepan kerugian apabila 24,000 anak pokok cili yang mereka tanam ditenggelami air.

Wakil peserta Mohd Rozman Mohd Hatta, 47, berkata, hujan lebat berterusan sejak Khamis mengakibatkan polibeg berisi anak-anak pokok cili ditenggelami air meskipun sudah diletakkan di tempat tinggi sedikit dari batas.

Menurut Mohd Rozman, ia merupakan kali kedua tanaman cili fertigasi yang diusahakan mereka ditenggelami air selepas 16 Februari lalu.

"Sudah tiga hari anak-anak pokok cili yang diusahakan oleh kami di atas tanah berkeluasan 3.2 hektar ditenggelami banjir," katanya ketika ditemui pemberita, pada Sabtu.

Menurutnya, melihat kepada situasi tersebut semua peserta menjangkakan anak-anak pokok cili itu sudah tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Peserta projek cili fertigasi di Desa Alam Shah, Kampung Gong Jenarah, Gaal, Pasir Puteh berdepan kerugian apabila 24,000 anak pokok cili ditenggelami air.
Peserta projek cili fertigasi di Desa Alam Shah, Kampung Gong Jenarah, Gaal, Pasir Puteh berdepan kerugian apabila 24,000 anak pokok cili ditenggelami air.

Katanya, terdapat polibeg berisi anak-anak pokok cili itu dihanyutkan air menyebabkan ada dalam kalangan peserta terpaksa mengutip semula.

Mohd Rozman berkata, kesemua peserta yang terlibat adalah mereka dari fasa pertama mengusahakan tanaman itu.

Artikel Berkaitan:

"Kami reda dengan apa yang berlaku dan menyifatkan ia sebagai satu ujian.

"Harapan kami supaya cuaca kembali pulih untuk memulakan semula tanaman cili ini," katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tanaman cili itu ditenggelami air banjir sedalam 0.2 meter.