PSM akan bincang lanjut dengan ASTAF

Laporan Sukan Sinar sebelum ini.
Laporan Sukan Sinar sebelum ini.
A
A
A

PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) berhubung dengan isu melunaskan denda AS$15,000 (RM62,779.50) dikenakan terhadap badan induk sepak takraw negara tersebut sebelum ini.

Itu jaminan Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan dalam usaha memastikan badan induk sepak takraw tersebut kembali diterima semula menjadi ahli gabungan ASTAF dalam masa terdekat.

Mohd Sumali
Mohd Sumali

Malah menurut Sumali yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pihaknya sentiasa peka dan sedia maklum dengan denda dikenakan Jawatankuasa Tatatertib ASTAF berikutan berikutan pelanggaran isu disiplin sebelum ini.

"Insya-ALLAH, PSM tak lupa mengenai denda yang dikenakan oleh ASTAF, perkara ini PSM akan mengadakan perbincangan dengan lebih lanjut bersama pihak ASTAF untuk tindakan selanjutnya.

"Respon balas daripada Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kadir kepada PSM sebelum ini merupakan prosedur biasa yang memberikan gambaran bahawa tindakan susulan yang perlu dibuat badan induk sepak takraw ini.

"Ini kerana permohonan terbaharu yang dihantar kepada ASTAF merupakan adalah permohonan menjadi ahli gabungan dan bukannya rayuan seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

"Sebenarnya PSM mengemukakan surat permohonan menjadi ahli gabungan berserta dokumen-dokumen sokongan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan ASTAF.

Artikel Berkaitan:

"Antaranya termasuklah Perlembagaan yang telah dipinda, senarai ahli gabungan dan bersekutu serta pengiktirafan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke atas PSM sebagai badan induk kebangsaan," ujarnya kepada Sukan Sinar.