DPIM umum dua Ahli Majlis Tertinggi baharu

Mazlina (kiri), Norhana
Mazlina (kiri), Norhana
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengumumkan pelantikan dua lagi Ahli Majlis Tertinggi baharu bagi sesi 2018-2021 serta melengkapkan lima kouta lantikan Presiden.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohammad Sahar Mat Din berkata, pelantikan ini diharap dapat membantu memberi khidmat terbaik kepada ahli DPIM dan komuniti usahawan.

"Pelantikan pertama adalah Mazlina Kamarudin, bekas Biro Korporat DPIM pada 2006 sewaktu Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim mempengerusikan Biro Korporat DPIM.

"Mazlina adalah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Bismi Empire Sdn Bhd (Bismi) yang berpengkalan di Alor Setar, Kedah.

"Bismi adalah satu-satunya syarikat Bumiputera yang membekalkan Ayam Halal & Toyyiban berkonsepkan 'Farm to Table' dan berpengalaman lebih dari 31 tahun menjalankan perniagaan dalam industri ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pelantikan kedua adalah Norhana Ramli, seorang peguam berumur 41 tahun berkuatkuasa pada 18 Mac 2019.

Menurut Mohammad Sahar, Norhana mengusahakan firma guamannya sendiri dan merupakan penasihat undang-undang serta setiausaha Syarikat Awqaf Holdings Berhad.

"Beliau merupakan salah seorang penggerak awal Awqaf Holdings Berhad bersama-sama Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Artikel Berkaitan:

"Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam undang-undang harta intelek seperti cap dagang dan hakcipta, juga telah mendaftar serta menguruskan harta intelek jenama lokal di peringkat global dan antarabangsa," katanya.

Tambah Mohammad Sahar, pelantikan ini selari dengan dasar kerajaan yang memberi peranan dan ruang kepada wanita untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam organisasi.