Gempa bumi: Perkhidmatan LHDN di beberapa cawangan alami gangguan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan kaunter dan telefon di beberapa cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Semenanjung Malaysia akan mengalami gangguan pada Jumaat.

Perkara tersebut dimaklumkan LHDN menerusi akaun Facebook rasminya susulan gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pagi Jumaat.

“Susulan gegaran yang berlaku ekoran gempa bumi di Indonesia, dimaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter dan telefon di beberapa cawangan LHDN di Semenanjung Malaysia akan mengalami gangguan pada hari ini, 25 Februari 2022.

“Segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Pada Jumaat, satu gempa bumi berskala 6.2 berlaku di Pekan Baru, Indonesia.

Ia disahkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter.

Gempa berlaku pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Artikel Berkaitan:

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya.