Sidang meja bulat akan diadakan bincang isu pengislaman tiga beradik

Idris (kanan) menyampaikan replika cek bantuan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Calon SPM dan STAM 2021 di Taiping pada Jumaat.
Idris (kanan) menyampaikan replika cek bantuan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Calon SPM dan STAM 2021 di Taiping pada Jumaat.
A
A
A

TAIPING - Satu perbincangan meja bulat akan diadakan berhubung isu kontroversi membabitkan Loh Siew Hong dan tiga kanak-kanak yang memeluk Islam minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beberapa individu melibatkan pakar undang-undang, ahli akademik dan beberapa orang mufti akan dipanggil menyertai persidangan tersebut.

"Hari Rabu malam Khamis saya akan buat 'round table' (meja bulat), kita panggil pakar undang-undang daripada pensyarah,

"Beberapa orang mufti juga kita akan panggil untuk buat 'round table' untuk perbincangan dan mencari penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Calon SPM dan STAM 2021 di sini pada Jumaat.

Isu pengislaman tiga beradik yang merupakan anak Siew Hong sebelum ini menarik perhatian banyak pihak selepas perkara tersebut dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan segera kepada ibu mereka, Loh Siew Hong, selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu.

Dewan Ulama Pas dalam satu kenyataan pada Selasa pula menggesa semua pihak agar menghormati hak tiga kanak-kanak yang diislamkan oleh bapa mereka untuk memilih Islam sebagai agama anutan ketiga-tiga anaknya itu.

Sementara itu, mengenai isu kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid, Idris menjelaskan sebarang prosedur operasi standard (SOP) ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Menteri Hal Ehwal agama hanya sebagai penyelaras atau memberi pandangan sahaja dan bukan arahan.