Krisis Rusia-Ukraine: Sean Penn rakam dokumentari

Sean Penn dilihat pada sidang media Pejabat Presiden di Kiev pada 24 Februari 2022. - Foto Facebook Pejabat Presiden Ukraine
Sean Penn dilihat pada sidang media Pejabat Presiden di Kiev pada 24 Februari 2022. - Foto Facebook Pejabat Presiden Ukraine
A
A
A

NEW YORK - Pengarah filem dan pelakon Sean Penn kini berada di Ukraine bagi meneruskan rakaman sebuah dokumentari berkenaan serangan Rusia ke atas negara itu.

Menurut Pejabat Presiden dalam catatan terbaharu di akaun Facebook rasmi pada Khamis, Penn telah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Iryna Vershchuk dan menemubual para wartawan serta anggota tentera berkenaan serangan tersebut.

"Sean Penn menunjukkan keberanian yang tiada dalam diri orang lain terutamanya ahli politik negara barat.

"Pengarah berkenaan telah datang ke Kiev bagi merakam segala yang sedang berlaku ketika ini di Ukraine dan memberitahu perkara sebenar tentang serangan Rusia di negara kita," kata kenyataan itu.

Penn tiba di Ukraine pada akhir November tahun lepas dan telah melawat pangkalan tentera Ukraine di wilayah Donetsk.

Pemenang anugerah Oscar itu sebelum ini telah terlibat dalam pelbagai usaha kemanusiaan serta menjadi pengasas organisasi bantuan bencana CORE yang memberi bantuan kepada penduduk di Haiti susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada 2010. - Awani

Artikel Berkaitan: