Sila log masuk terlebih dahulu.

Sorok minyak masak peket dalam stor pusat sembelihan ayam

KPDNHEP Kelantan rampas 8,500kg minyak masak peket bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor pusat penyembelihan ayam proses di Kampung Tendong pada Khamis.
KPDNHEP Kelantan rampas 8,500kg minyak masak peket bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor pusat penyembelihan ayam proses di Kampung Tendong pada Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 8,500 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor pusat penyembelihan ayam proses di Kampung Tendong di sini pada Khamis.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Afendi Juri berkata, dalam serbuan jam 9.20 pagi itu tiga lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Rampasan ini hasil maklumat dan operasi bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

"Siasatan awal mendapati minyak masak peket dianggarkan berjumlah RM21,250 itu dibawa dari Pahang ke pusat penyembelihan ayam proses tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, kawasan tersebut dijadikan transit sementara sebelum dibawa ke sempadan negara untuk tujuan penyeludupan.

"Selain itu, dua buah lori bernilai RM70,000 yang digunakan untuk kegiatan tersebut turut disita.

"KPDNHEP Kelantan memberi amaran kepada semua peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan dan sentiasa memandang serius isu barangan kawalan bagi mengelak diseleweng hingga mengakibatkan gangguan bekalan kepada pengguna lain.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: