Malaysia mahu Myanmar pulih, bincang isu repatriasi Rohingya

Ismail Sabri (kiri) ketika sidang akhbar bersama Hun Sen di Peace Palace pada Khamis. - Foto Bernama
Ismail Sabri (kiri) ketika sidang akhbar bersama Hun Sen di Peace Palace pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

PHNOM PENH - Malaysia berpandangan Myanmar adalah sebuah negara jiran serta negara ASEAN yang dihargai, dan mahu melihat negara itu pulih seperti sedia kala dan mengikut Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, Malaysia juga mahu Myanmar terus mencapai kemajuan demi kebaikan rakyatnya agar negara itu berada dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera.

"Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC) adalah sangat penting. Ini merupakan hala tuju kita bersama dalam menangani situasi di Myanmar. Semua pihak seharusnya bersama-sama berusaha untuk melaksanakan ASEAN 5PC dengan berkesan dan menyeluruh.

"Walaupun begitu, tanggungjawab utama dalam hal ini terletak kepada pemerintahan di Myanmar. Mereka juga adalah sebahagian daripada Konsensus ini.