Empat kereta dirempuh lori ketika berhenti di lampu isyarat

Sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek rempuh kenderaan lain dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Jenjarom, pada Rabu.
Sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek rempuh kenderaan lain dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Jenjarom, pada Rabu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Empat buah kereta dirempuh sebuah lori ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Jenjarom di kilometer (km) 23 Jalan Klang-Banting-Port Dickson di Kuala Langat, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, bagaimanapun semua pemandu kenderaan terlibat dalam kemalangan itu tidak cedera.

"Lori berkenaan datang dari arah Banting dipercayai mengalami masalah brek. Apabila sampai di lokasi kemalangan, lori tersebut dipercayai mengalami masalah brek tidak berfungsi.

"Pemandu lori cuba mengelak dan masuk ke lorong kanan lalu terlanggar empat buah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat. Lori berkenaan berjaya diberhentikan selepas persimpangan lampu isyarat menghala ke Kampung Jenjarom," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan boleh menghubungi mana-mana balai berhampiran atau menghubung Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Nur Hayati Mohd Zubel di talian 013-6444359 atau 03-31872222.

Artikel Berkaitan: