Amaran hujan berterusan di beberapa negeri

Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Sabtu ini.
Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Sabtu ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

"Kawasan terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang,” menurut kenyataan itu.

Sementara di Johor kawasan terlibat ialah daerah Segamat, Kluang dan Mersing. - Bernama

Artikel Berkaitan: